Cara Share Kredit Celcom

Share kredit Celcom sangat diperlukan, terutamanya apabila anda berada dalam keadaan yang mendesak.

Untuk berkongsi kredit Celcom sebenarnya sangat mudah. Mula-mula anda mesti faham apa kad yang digunakan sebelum memindahkan kredit.

Share kredit boleh dilakukan dengan mengurangkan kredit yang ada pada pengirim bersama dengan kos pentadbiran untuk menghantarnya.

Sebelum memindahkan kredit Celcom, terdapat syarat dan terma yang mesti dipenuhi.


Syarat Share Kredit Celcom

Syarat Share Kredit Celcom

Terdapat beberapa syarat yang mesti diketahui sebelum anda melakukan share kredit Celcom:

  • Anda harus berada di Malaysia untuk menggunakan servis tersebut, bukan dalam status Roaming.
  • Anda boleh berkongsi kredit dari akaun Celcom Postpaid atau Prepaid sahaja. Kecuali, pengguna Data Plan dan Celcom Xpax Prepaid Plan.
  • Untuk pengguna Celcom Prepaid, pastikan anda mempunyai baki kredit sekurang-kurangnya RM2 sebelum mula berkongsi kredit.
  • Setiap transaksi yang berjaya akan dikenakan caj perkhidmatan seperti berikut:
    • Caj Credit Share – RM 0.50 (Penghantar)
    • Caj Credit Request – RM0.50 (Penghantar) + RM0.20 (Penerima)
  • Tempoh sah kredit adalah berbeza-beza mengikuti kredit amaun seperti berikut:
Nilai KreditTempoh Sah Kredit
RM1.00 – RM2.001 Hari
RM3.00 – RM25.003 Hari

Share Kredit Celcom Melalui SMS

Share Kredit Celcom Melalui SMS

Cara kongsi kredit Celcom melalui SMS seperti berikut:

  • Pertama sekali, buka menu SMS yang ada pada telepon pintar anda.
  • Kemudian, anda taip RM<jumlah yang mahu dikongsi> dan hantar SMS ke 1<nombor penerima>.

Contoh:

RM10 dan hantar sms ke 10191234567


Share Kredit Celcom Melalui Dail

Mudah sahaja, berikut cara pindah kredit celcom melalui dail:

  • Pertama sekali, ketik *365*3# dan dail pada telepon pintar anda.
  • Pilih nombor untuk kredit.
  • Pilih nombor satu untuk meminta kredit.
    Cara ke-1 Share Kredit Celcom Melalui Dail
  • Masukan jumlah kredit yang akan dipindahkan.
    Cara ke-2 Share Kredit Celcom Melalui Dail
  • Masukan nombor telepon destinasi pemindahan. Pemindahan kredit berjaya.

Request Kredit Celcom

Request Kredit Celcom

Anda dapat melakukan request minta kredit Celcom melalui SMS, seperti berikut:

  • Pertama sekali, buka menu SMS yang ada pada telepon pintar anda.
  • Kemudian, taip RQ<spasi>RM<jumlah kredit> dan hantar ke 1<nombor penerima>.

Contoh:

RQ RM5 dan hantar ke 10191234567

Transaksi kredit celcom ini akan dikenakan caj pengiriman.

Untuk pengirim mendapat caj RM0.50, yang meminta RM0.20, dan penerima tidak dikenakan caj.

PartiesCaj
TransferorRM0.50
RequestorRM0.20
ReceiverNo caj

Proses perkongsian atau pinjam kredit Celcom ini boleh menjadi penyelesaian sekiranya anda kehabisan kredit.

Transfer/share kredit juga boleh menjadi penyelesaian bagi anda yang memiliki kredit banyak dan ingin berkongsi dengan orang lain.

Jadi bagaimana? Mudah sahaja bukan beberapa cara untuk berkongsi kredit dengan Celcom.

Semoga berjaya. Semoga penjelasan diatas senang difahami dan bermanfaat 😀

Leave a Comment