Masalah Rangkaian Celcom

Pengguna Celcom terpaksa menghadapi kesulitan, kerana gangguan keseluruhan terhadap perkhidmatan data dan suara di seluruh negara.

Pengguna tidak menerima sebarang data dan sebahagian dari mereka hanya boleh membuat panggilan kecemasan.

Kesalahan itu, disebabkan oleh masalah teknikal dan mereka sedang berusaha menyelesaikan masalah itu.

Emosi boleh terganggu bila terpaksa duduk di rumah dengan rangkaian internet yang perlahan. Betul tak?

Jadi, kami nak kongsi tips menangani masalah kesesakan rangkaian yang kami dapat seperti berikut:


Tips Menangani Masalah Rangkaian Celcom

Tips Menangani Masalah Rangkaian Celcom

Tipsnya:

  • Tukarkan sokongan data mudah alih anda kepada rangkaian 3G atau 2G berbanding 4G/LTE. Pengguna akan mengalami data yang lebih perlahan dengan penggunaan rangkaian 2G atau 3G tetapi, ia adalah alternatif yang berkesan apabila rangkaian 4G mengalami kesesakan.
  • Hadkan panggilan telefon jika tiada kes kecemasan dan cuba untuk menghantar teks mesej sahaja, kerana teks lebih mudah dihantar berbanding panggilan telefon.
  • Sekiranya anda gagal membuat panggilan telefon, tunggu 10 saat sebelum membuat panggilan semula.
  • Elak menggunakan aplikasi yang memerlukan peruntukan data yang banyak seperti perkongsian foto dan video, terutama sekali memuat naik video HD atau penstriman video.
  • Tukar tetapan untuk menonton video dalam kualiti yang lebih rendah berbanding memilih jumlah data yang digunakan.
  • Nyah-aktifkan kemaskini atau penyelarasan data (data sync) secara automatik pada aplikasi lain. Seperti, aplikasi e-mel yang senantiasa mengemas kini secara automatik dengan akaun pengguna yang boleh memperlahankan penggunaan data oleh aplikasi-aplikasi lain untuk mengakses rangkaian.
  • Tutup aplikasi yang tidak digunakan (data akan digunakan di belakang layar) dan pantau jumlah data yang digunakan.
  • Gunakan aplikasi melajukan internet seperti Internet Speed Master, Internet Booster & Optimizer.
  • Restart telefon anda jika masih mengalami masalah yang sama.

Gangguan teknikal terhadap Celcom, turut memberi kesan kepada penyedia perkhidmatan lain seperti Tune Talk, Unifi, dan Yoodo.

Kerana, penggunaan rangkaian infrastruktur telekomunikasi yang sama. Semoga berjaya!

Leave a Comment