Semak Baki Akaun RHB Bank

RHB Bank Berhad (Rashid Hussein Bank) adalah salah satu Bank yang cukup besar dan mempunyai berjuta-juta pelanggan di Malaysia.

RHB Bank Berhad tersebut berasaskan di ibukota Malaysia, Kuala Lumpur.

Tidak seperti bank lain, RHB Bank lebih tertumpu kepada sektor korporat, pelaburan, dan perdagangan.

Kelebihan ini yang menjadikan RHB Bank Berhad sebagai bank Malaysia terbaik.

RHB Bank telah melancarkan perkhidmatan perbankan internet untuk masa yang lama.

Tetapi, tidak semua orang tahu cara menggunakannya dan cara semak baki akaun RHB bank secara online.

Ingin tahu? Mari lihat penerangan mengenai semak baki akaun RHB Bank berikut.


Semak Baki Akaun RHB Bank via ATM

Semak Baki Akaun RHB Bank via ATM

Cara semak baki melalui ATM tentu sudah sering anda gunakan, tetapi jika anda belum tahu caranya sila cuba.

Sila pergi ke ATM RHB terdekat, seterusnya ikuti panduan dibawah ini:

  • Masukkan Kad ATM.
  • Pilih bahasa Malaysia/English.
  • Masukkan PIN anda.
  • Pilih Menu Transaksi Lain/Other.
  • Pilih Maklumat Akaun/Account Summary.
  • Pilih Menu Maklumat Baki/Semak Akaun Simpanan.
  • Maklumat Baki anda akan terpapar di skrin.
  • Selesai.

Semak Baki Akaun RHB Bank via RHBNow

Semak Baki Akaun RHB Bank via RHBNow

Aplikasi RHBNow menawarkan kemudahan memeriksa baki dan transfer ke sesama akaun RHB atau ke Bank lain.

Sila anda download dan install aplikasi RHBNow di Google Playstore atau App Store di telepon pintar anda.

Cara Semak Baki Akaun RHB Bank via RHBNow

  • Pertama-tama kali, anda buka aplikasi RHBNow.
  • Masukkan Username dan Password.
  • Tap menu My Account.
  • Kemudian, pilih menu Account Balance.
  • Maklumat baki akaun RHB anda akan terlihat.

NOTE: Aplikasi RHBNow mempunyai keupayaan dan ciri kuat yang lengkap dan praktikal untuk digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.


Semak Baki Akaun RHB Bank via Bank Online

Semak Baki Akaun RHB Bank via Bank Online

Untuk menggunakan perkhidmatan ini anda mesti mendaftar terlebih dahulu.

Sekiranya sudah memiliki akaun RHB, sila ikuti langkah-langkah dibawah ini:

Cara Semak Baki Akaun RHB Bank via Bank Online

  • Pertama-tama sekali, anda buka laman https://logon.rhb.com.my.
  • Masukkan username dan password anda.
  • Klik menu My Account.
  • Klik Account Balance.
  • Maklumat akaun akan terpapar secara lengkap.
  • Selesai.

Itulah beberapa panduan cara semakan baki akaun RHB Bank yang boleh anda cuba.

Sila pilih salah satu cara semak baki akaun bank RHB yang paling mudah untuk Anda gunakan.

Leave a Comment